SINGAPURA tidak mempunyai masalah dengan China, yang mendapati hubungan baik dengan republik ini berguna, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong. Ini dasar yang baik bagi kedua-dua negara itu bekerjasama, tambahnya.
Dalam wawancara bersama wartawan Singapura semasa lawatan kerja enam hari Encik Lee ke Jerman, beliau berkata Singapura mempunyai hubungan luas dengan China dan Amerika Syarikat selepas menemui pemimpin dua negara itu di Hamburg.