Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hubungan unik dan kukuh S'pura, M'sia boleh diperluas, kata Presiden Halimah

Puan Halimah, dalam lawatan negara ke M'sia, temui warga S'pura dalam sesi di KL
Mar 21, 2023 | 05:30 AM



HUBUNGAN antara Singapura dan Malaysia melangkaui wang ringgit.



Lebih dari hubungan ekonomi, hubungan kukuh antara warga kedua-dua negara yang berakar umbi dalam persaudaraan, persahabatan dan warisan bersama membentuk perhubungan unik Singapura dan Malaysia.



Bertemu masyarakat Singapura yang bermastautin di seberang Tambak, Presiden Halimah Yacob berkata kesalingbergantungan dan perkongsian ekonomi akan kekal sebagai komponen asas hubungan Singapura-Malaysia yang kukuh.



"Kedua-dua ekonomi kita mesti bekerjasama rapat untuk menggalakkan pembangunan mampan, memacu kejayaan teknologi dan mewujudkan kerja-kerja yang baik bagi warga kita.



"Singapura kekal sebagai pelabur asing terbesar Malaysia dari segi pelaburan saham saban tahun, dan Singapura dan Malaysia merupakan rakan dagang kedua terbesar masing-masing.



"Ini mencerminkan hubungan ekonomi kita yang simbiotik dan saling menguntungkan.



"Namun, seperti yang kita semua mungkin tahu, hubungan antara kedua-dua negara kami lebih dari hanya wang ringgit.



"Pada dasar hubungan unik kami ialah hubungan kukuh antara warga kedua-dua negara yang berakar umbi dalam persaudaraan, persahabatan dan warisan bersama," ujar Puan Halimah.



Beliau berada di Kuala Lumpur dan bertemu lebih 170 warga Singapura bagi sesi jamuan di Hotel St Regis pada Isnin.



Antara mereka yang hadir ialah Datuk Hishammudin Hasan - warga Singapura yang telah menetap di Malaysia selama 20 tahun.



Beliau merupakan Ketua Eksekutif Kumpulan, Kuala Linggi International Port dan Pengerusi, Greenverse Sdn Bhd.



Ditemui Berita Harian, Datuk Hishammudin berkata:



"Malaysia dan Singapura - kami saling berkait. Ia bukan perkara yang pelik jika ramai di antara kita mempunyai saudara-mara di kedua-dua negara... kita (Singapura dan Malaysia) dah macam adik-beradik.



"Oleh itu, hubungan rentas sempadan bukan sahaja terhad kepada hubungan pemerintah-ke-pemerintah; pemerintah menetapkan nada, tetapi juga terdapat sejumlah besar perniagaan yang sudah ditubuhkan.



"Persaudaraan juga ada - ini saya rasa lebih kuat sekarang daripada sebelumnya."



Untuk memastikan ikatan istimewa antara Singapura dan Malaysia kekal sehingga generasi akan datang, pertukaran pendidikan yang rancak di semua peringkat perlu digalakkan, kata Puan Halimah.



Pun begitu, beliau akur bahawa perbezaan antara kedua-dua negara kadang-kala boleh berlaku.



Namun, beliau yakin bahawa Singapura dan Malaysia mempunyai tahap kepercayaan dan kekariban yang utuh yang telah "membantu kedua belah pihak mengharungi isu-isu tersebut dengan tenang dan pragmatik".



Puan Halimah turut mengingatkan warga Singapura yang ditemuinya bahawa mereka merupakan "duta yang memainkan peranan penting dalam membantu warga Malaysia memahami warga dan pendirian kami".



Beliau juga berharap warga Singapura di Malaysia terus terhubung dengan tanah air mereka.



Menyentuh tentang inisiatif Melakar Hala Tuju Singapura (Forward Singapore), beliau berkata:



"Saya menyeru anda untuk menyumbangkan perspektif unik anda dan terus mengikuti perkembangan di tanah air sedang kami berusaha menjadikan Singapura kami tepat yang lebih menawan dan inklusif bagi semua."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >