Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hujan berguruh dijangka berterusan

Oct 28, 2016 | 08:06 AM



HUJAN berguruh yang dialami sepanjang beberapa hari lepas dijangka berterusan pada Jumaat (28 Okt) pada lewat pagi dan awal petang.



Malah, keadaan basah dijangka berterusan hingga akhir bulan ini, dengan lebih banyak hujan sebelum subuh dan pada pagi, menurut Perkhidmatan Kajicuaca Singapura (MSS).



Suhu harian maksimum bagi hari-hari mendatang dijangka 33 darjah Celcius.



Singapura sedang mengalami hari-hari terakhir monsun barat daya, yang berlaku antara Jun dan September, dan kadang-kadang hingga ke Oktober. Dalam tempoh ini, hujan sekejap dan ribut petir perkara biasa.



Rantau ini akan memasuki tempoh peralihan monsun dalam beberapa hari akan datang, dengan angin sepoi-sepoi bahasa dan berubah-ubah.



Ini biasanya berlaku hingga akhir November, dan ribut petir, ada kala teruk, boleh dijangka pada petang dan awal petang.



Kebanyakan hujan di Singapura dalam tempoh dua minggu pertama bulan ini disebabkan Ribut Sumatera, yang berkembang semalaman di pantai barat Sumatera atau Selat Melaka.



Secara keseluruhan, dua minggu pertama bulan ini menyaksikan hujan turun di bawah purata di barat laut Singapura, dan melebihi purata di tenggara pulau ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >