PUSUAN monsun dijangka melanda rantau ini disertai hujan serta keadaan berangin sekali sekala.
Hujan pada dua minggu pertama Februari dijangka lebih daripada biasa, dengan tempoh pendek hujan berserta guruh pada waktu tengah hari dijangkakan selama empat atau lima hari, kata Khidmat Kaji Cuaca Singapura (MSS) kelmarin.