PENANGGUHAN kenaikan pangkat bagi dua pegawai Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) yang terbabit dalam kematian anggota perkhidmatan negara sepenuh masa (NSF) Dominique Sarron Lee melibatkan jumlah yang besar dalam bentuk kewangan, iaitu sekitar separuh daripada gaji tahunan mereka, kata Menteri Pertahanan Ng Eng Hen.
Menyifatkan hukuman yang dikenakan ke atas Kapten Najib Hanuk Muhamad Jalal dan Mejar Chia Thye Siong sebagai halangan dalam kerjaya mereka, Dr Ng berkata ia konsisten dengan hukuman yang dikenakan kepada anggota tentera lain yang melakukan kesalahan sama.