Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hukuman penjara bekas pemandu pelancong Yang Yin ditambah kepada 9 tahun

Mar 03, 2017 | 12:00 PM



YANG Yin, bekas pemandu pelancong dari China yang didapati bersalah menipu seorang janda kaya warga Singapura sebanyak $1.1 juta, akan menjalani hukuman penjara lebih lama.



Ini setelah hukumannya ditambah kepada sembilan tahun, daripada enam tahun bagi dua kesalahan pecah amanah.



Yang, 42, didapati bersalah pada September tahun lalu kerana menggelapkan wang Cik Chung Khin Chun, kini 90 tahun, pada 2010 dan 2012.



Pada Jumaat (3 Mac), Mahkamah Tinggi menambah hukuman penjaranya atas alasan hukuman awal yang dikenakan Mahkamah Negara tidak mencukupi.



Jabatan Peguam Negara (AGC) merayu terhadap hukuman asal itu bagi hukuman penjara 10 hingga 11 tahun.



Yang juga dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan dua bulan pada September tahun lalu bagi beberapa kesalahan berkaitan status imigresennya, termasuk memalsukan resit bagi sebuah syarikat palsu untuk tinggal di Singapura dan mendapatkan taraf Penduduk Tetap (PR).



Taraf PR-nya dibatalkan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) November lalu, selepas dia didapati bersalah dan dijatuhi hukuman oleh Mahkamah Negara.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >