Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hukuman penjara lelaki bunuh isteri dikurangkan

Oct 05, 2016 | 08:25 AM



LEBIH tiga tahun, seorang lelaki yang ditahan kerana membunuh isterinya tidak menerima rawatan psikiatri walaupun dia didiagnosis menghidap kecelaruan delusi disebabkan cemburu.



Kekurangan rawatan itu "tidak memuaskan", kata Hakim Besar Sundaresh Menon pada Selasa (4 Okt), apabila mahkamah rayuan tiga hakim mengurangkan hukuman penjara ke atas Rosdi Joenet, 51 tahun, daripada sembilan kepada tujuh setengah tahun.



"Ia seolah-olah tidak adil... dan silap untuk mencadangkan bahawa hukuman penjara perayu harus dilanjutkan bagi membolehkan rawatan dijalankan di dalam penjara, sedangkan keadaan ini tidak akan terjadi jika rawatan telah disediakan dengan segera."



Mahkamah membenarkan rayuan Rosdi agar hukumannya diringankan memandangkan pembunuhan itu satu kejadian sekali sahaja yang tidak selari dengan wataknya, dia berisiko rendah akan melakukan kesalahan lagi dan keluarganya, termasuk ibu dan adik isterinya, sudah memaafkannya dan ingin dia kembali ke pangkuan keluarga.



Pada 2012, Rosdi, seorang pemandu, mula mengalami delusi bahawa isterinya, Allahyarhamha Faridah Senin, yang telah dikahwininya selama 21 tahun, tidak setia.



Dia mengesyaki Allahyarhamha menjalin hubungan dengan seorang lelaki yang memandu kereta BMW. Rosdi meminta anak perempuannya mengintip isterinya dan sentiasa memeriksa dengan rakan sekerja isterinya di mana beliau.



Allahyarhamha menafikan mempunyai hubungan sulit.



Pada pagi 17 Nov 2012, Rosdi mengejutkan beliau daripada tidur untuk bercakap tentang masalah mereka tetapi isterinya mengusir dia keluar dari bilik.



Rosdi kembali dengan pisau dapur dan berulang kali menikam isterinya.



Dia dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun kerana membunuh tanpa niat pada Mac lalu. Dalam menjatuhkan hukuman, hakim mengambil kira keadaan Rosdi yang belum pulih kerana tidak menjalani sembarang rawatan dalam penjara bagi penyakit mentalnya, dan dengan itu perlu tempoh lebih lama dalam penjara untuk dirawat.



Bagaimanapun, peguam Rosdi, Encik Abraham Vergis, berhujah pada Selasa bahawa "tidak adil dan prejudis" untuk menyalahkan anak guamnya bagi perkara itu kerana ia di luar kawalannya.



Apabila Hakim Besar bertanya mengapa Rosdi tidak dirawat, Timbalan Pendakwa Raya (DEPP) Wong Kok Weng berkata pihak pendakwaan sedang cuba mengetahui apa yang berlaku antara pihak berkuasa penjara dan ahli psikiatri Institut Kesihatan Mental (IMH), Dr Bharat Saluja, yang telah meninggalkan Singapura.



Hakim Besar Menon berkata kesalahan serius yang dilakukan oleh pesakit mental "boleh menarik mahkamah ke arah berbeza".



Dari satu segi ialah tumpuan pada pemulihan dan, dari satu segi lagi ialah perlindungan bagi orang ramai. Rosdi termasuk dalam kategori pemulihan, berdasarkan empat laporan IMH bahawa risiko dia melakukan kesalahan lagi rendah, kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >