Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hukuman penjara pengasas Gereja City Harvest Kong Hee, lima lain dikurangkan

Apr 07, 2017 | 12:34 PM



MAHKAMAH Tinggi Singapura hari ini mengurangkan hukuman penjara yang dikenakan ke atas pengasas Gereja City Harvest (CHC), Kong Hee, daripada lapan tahun sebelum ini kepada tempoh tiga tahun dan enam bulan.



Hukuman ke atas lima pemimpin lain gereja tersebut juga dikurangkan.



Keenam mereka - Kong, Tan Ye Peng, Chew Eng Han, John Lam Leng Hung, Serina Wee Gek Yin dan Sharon Tan Shao Yuen - sebelum ini didapati bersalah pada Oktober 2015 kerana menggelapkan dana CHC sekitar $50 juta.



Ia merupakan kes terbesar serupa itu di Singapura.



Kesemua mereka dihukum penjara antara 21 bulan dengan lapan tahun November lalu, dengan Kong menerima hukuman paling berat, tetapi mereka merayu agar dibebaskan.



Rayuan mereka diadili sebuah panel tiga hakin - Hakim Rayuan Chao Hick Tin, dan Hakin Woo Bih Li dan Hakim Chan Seng Onn.



Pihak pendakwa pula menggesa agar hukuman mereka ditingkatkan memandangkan semasa perbicaraan keenam mereka tidak menunjukkan rasa sesal atas perbuatan mereka.  - BT



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >