Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hulur bantuan sokong acara amal

Oct 09, 2023 | 04:37 PM



Cipta: Avatar adiwira


Sekiranya anak anda mampu menjadi adiwira, bagaimana agaknya rupa mereka? Dan apa yang boleh mereka lakukan untuk membantu menjadikan dunia ini lebih baik?

Anak-anak anda kini boleh menjadikan imaginasi mereka satu kenyataan dengan mencipta avatar adiwira dengan menggunakan alat kecerdasan buatan (AI). Ia dibangunkan oleh NTUC First Campus untuk kanak-kanak prasekolah.

Sehingga 12 November, ia boleh diakses menerusi laman str.sg/icDM dan str.sg/icDQ.

Dari Sabtu hingga 12 November, anda berpeluang menjadi 500 peserta pertama mencetak desain adiwira itu di cawangan Uniqlo di Orchard Central dan Bugis+.

Anda boleh juga menikmati penjimatan 10 peratus bagi kemeja-T kanak-kanak yang asalnya berharga $19.90 dan $29.90 untuk dewasa.

Derma: Bantu kumpul dana







Derma pakaian baru ataupun yang jarang digunakan, buku, mainan serta barangan berjenama lain bagi satu tujuan murni.

Ia akan dijual di acara The Sustainable Christmas Market anjuran organisasi tidak mencari untung, Peace of Art Singapore.

Semua kutipan akan disalurkan kepada program Young Heart, Pertubuhan Palang Merah Singapura, yang menyediakan sokongan akademik serta mentor kepada kanak-kanak yang menetap di flat sewa awam.

Hantarkan barangan yang hendak anda dermakan ke Pertubuhan Palang Merah di  #07-23, 51 Cuppage Road, selewat-lewatnya pada 30 Oktober (Selasa, Khamis dan Ahad, 10 pagi hingga 4 petang sahaja).

Anda juga boleh mengunjungi acara The Sustainable Christmas Market pada 11 dan 12 November, dari 10 pagi hingga 8 malam, di South Beach, 30 Beach Road. 

Barang-barang yang tidak terjual akan didermakan kepada Red Cross Shop, di mana hasil jualan akan digunakan untuk menyokong usaha kemanusiaan.

Dapatkan maklumat lanjut di sustainablechristmas.sg

Sertai: Acara jalan amal bagi menyokong golongan autisme







Pusat Autisme St Andrew’s mengajak anda dan anak-anak anda ke acara ‘Walk Of A Lifetime’, yang diadakan buat julung-julung kali pada 14 Oktober ini.

Acara jalan amal sepanjang 5 kilometer ini akan bermula di Maktab Rendah St Andrew’s, dekat Toa Payoh. 

Semua hasil kutipan akan digunakan untuk membiayai program dan perkhidmatan di sekolah pendidikan khas, pusat kegiatan harian dan rumah kediaman untuk menyokong individu autisme dan keluarga mereka.

Bayaran penyertaan, termasuk beg cenderahati dan pingat acara, adalah $35 bagi seorang dewasa dan $20 untuk kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun. Ia percuma untuk mereka yang berusia di bawah lima tahun.

Selain mengumpul dana, acara itu juga bertujuan membantu orang ramai mengenali cabaran yang dihadapi golongan autisme serta keluarga mereka. 

Autisme merupakan gangguan spektrum yang menjejaskan keupayaan seseorang berkomunikasi dan berinteraksi.

Untuk mendaftar bagi menyertai acara berjalan kaki atau membuat derma, anda boleh ke laman www.walkofalifetime.sg.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >