SEMASA hayatnya, Encik Lee Bock Guan banyak menabur bakti dan menghulurkan pertolongan kepada mereka yang memerlukan bantuan tanpa mengira bangsa atau agama.
Sebagai pemimpin badan agama Buddha, Singapore Buddhist Lodge, mendiang pernah menerajui usaha memberi makan percuma setiap hari kepada golongan susah.