APABILA bersama peminat, pelawak Husin Saaban lebih suka meletakkan dirinya sebagai seorang kawan kerana enggan menjadikan dirinya sebagai seorang selebriti eksklusif.
Apabila diberi peranan sebagai ketua rombongan pelancong pula, beliau memastikan kehadirannya bukan sekadar menghiburkan peserta, bahkan membantu mereka mendapatkan maklumat yang perlu sepanjang ke destinasi lawatan.