Hutan Simpanan Bukit Timah dibuka hujung minggu

HUTAN Simpanan Bukit Timah, yang telah menjalani kerja-kerja ubah elok, akan dibuka kepada orang ramai hujung minggu ini, bermula Sabtu, 4 April.

Pencinta alam boleh memasuki hutan simpanan itu menuju ke kemucaknya dari 7 pagi hingga 6 petang, dengan kemasukan terakhir sekitar 5 petang, pada Sabtu dan Ahad sahaja, kata Lembaga Taman Negara (NParks) hari ini, Rabu.

Kemasukan akan melalui taman Hindhede Nature Park sahaja.

Orang ramai juga dinasihatkan menggunakan pengangkutan awam kerana kawasan tempat meletak kereta terhad ekoran kerja-kerja baik pulih.

Hutan Simpanan Bukit Timah masih tidak boleh dimasuki menerusi Dairy Farm Nature Park kerana kerja-kerja pembaikan tempat laluan berjalan masih diteruskan.

Ia juga akan terus ditutup pada hari-hari biasa dan cuti umum yang tidak jatuh pada hujung minggu.

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:00
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 26
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.