Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ibu Amos Yee dedah anak tidak lagi mampu dikawal

Mar 31, 2015 | 09:23 AM



IBU kepada seorang remaja, yang kini ditahan polis kerana memuat naik video yang menghina agama Kristian dan mengkritik Encik Lee Kuan Yew, mendedahkan anaknya itu tidak lagi boleh dikawal.


Menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai, ibu kepada Amos Yee itu sendiri telah membuat laporan polis mengenai anaknya, menurut laporan The Straits Times.


Kelmarin, Amos, yang akan berusia 17 tahun tahun ini, diberkas polis kerana video yang dimuat naik Jumaat lalu. Dalam video tersebut, dia meraikan pemergian Perdana Menteri Pengasas Singapura. Dia juga menghina agama Kristian dalam video sepanjang 8 minit.


Dalam kenyataannya semalam, polis berkata Amos akan dihadapkan ke mahkamah hari ini kerana menghina penganut agama Kristian dengan niat sengaja untuk menyinggung perasaan keagamaan. Lain-lain tuduhan termasuk menyebarkan objek lucah dan melakukan komunikasi yang mengancam, ganas dan menghina.


Amos, yang telah meninggalkan sekolah, telah dikecam sebahagian besar pengguna Internet namun ada segelintir yang mempertahankan hak dia bersuara.


Lebih 20 laporan polis juga telah dibuat terhadap beliau berkenaan video tersebut selain memuat naik bahan lucah di blognya. Kededua video dan blog itu sudah pun dikeluarkan. 


Video bertajuk 'Lee Kuan Yew Is Finally Dead!' telah ditonton lebih 600,000 kali sehingga Ahad lalu. Mendiang Encik Lee meninggal dunia pada 23 Mac lalu, pada usia 91 tahun.


 


 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >