Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ibu bapa akan dibenarkan daftar nama bayi lahir mati

Nov 07, 2023 | 06:46 PM



Ibu bapa bayi yang dilahirkan tidak bernyawa akan dibenarkan mendaftarkan nama untuk anak mereka itu dalam tempoh setahun selepas kelahirannya, di bawah Rang Undang-Undang baru yang diperkenalkan di Parlimen pada Selasa.

Di bawah Rang Undang-Undang Bayi yang Dilahir Mati dan Kelahiran (Pelbagai Pindaan), ia juga akan memperkenalkan pindaan kepada makna “anak yang dilahirkan tidak bernyawa”.

Menteri Negara (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Ehwal Dalam Negeri), Cik Sun Xueling, memperkenalkan Rang Undang-Undang tersebut, yang meminda undang-undang sedia ada, di Parlimen.

Buat masa ini, ibu bapa tidak boleh mendaftarkan nama anak mereka yang lahir mati dalam sijil kelahiran mati di bawah Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian (RBDA) 2021. Akta ini mengawal pendaftaran kelahiran, kematian dan bayi yang dilahirkan mati.

Namun begitu, langkah untuk membenarkan pendaftaran nama ini dibuat setelah pihak berkuasa menyedari bahawa ini mungkin membantu sesetengah ibu bapa yang sedang berduka.

Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) dalam kenyataannya berkata ini “sebagai mengiktiraf bahawa bayi yang dilahirkan mati ini serupa dengan kehilangan anak-anak, yang mungkin merupakan pengalaman yang menyakitkan bagi ibu bapa”, dan memberikan nama rasmi kepada anak yang lahir mati mungkin “membantu sesetengah ibu bapa yang berduka”.

Sewaktu sidang parlimen pada September 2022, Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, telah menjelaskan sebab sijil kelahiran mati tidak membenarkan nama anak lahir mati didaftarkan.

Ini kerana nama kanak-kanak yang lahir mati, seperti bayi yang digugurkan, tidak diperlukan untuk pemerintah mentadbir dasar dan program awam.

Encik Shanmugam berkata antara sebab lain adalah disebabkan proses pendaftaran yang diautomasikan sepenuhnya, tanpa ibu bapa perlu mendaftarkan sendiri butiran anak mereka yang lahir mati.

Beliau menjawab soalan yang diajukan Profesor Madya Jamus Lim (GRC Sengkang) daripada Parti Pekerja yang bertanya sama ada sijil kelahiran digital baru membenarkan pendaftaran nama anak yang lahir mati itu.

Sijil kelahiran dan kematian digital telah diperkenalkan pada 2022, menggantikan salinan cetak fizikal.

Sementara menunggu peruntukan baru itu dilaksanakan, MHA dalam kenyataannya menambah ibu bapa yang ingin menamakan anak mereka yang lahir mati boleh memohon sijil kelahiran peringatan daripada Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) yang akan menyertakan nama anak yang lahir mati itu.

Sijil ini, yang boleh dimohon menerusi laman ICA, bukanlah dokumen rasmi, jelas MHA, namun ia lebih kepada “tujuan memperingati”, sehingga peruntukan baru untuk mendaftarkan nama anak yang lahir mati itu dilaksana.

Sementara itu, menjelaskan langkah untuk meningkatkan definisi tempoh bayi yang lahir mati kepada selepas 24 minggu dalam kandungan, berbanding selepas minggu ke-22 yang ada pada masa ini, MHA berkata selaras dengan apa yang ditetapkan dalam Akta Pengguguran, yang menyatakan bahawa pengguguran selepas 24 minggu kehamilan hanya dibenarkan dalam kes kecemasan perubatan.

MHA menambah tempoh batas minggu ke-24 untuk pengguguran adalah berdasarkan bukti perubatan dan saintifik tentang daya maju janin di luar rahim.

Terdapat juga maklum balas daripada komuniti perubatan bahawa tempoh 22 minggu yang ada kini bagi menganggap bayi lahir mati – ditetapkan dalam undang-undang pada 2021, selaras dengan garis panduan laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) – mungkin disalahtafsirkan sebagai petunjuk kemungkinan janin terus bernyawa (fetal viability), atau keupayaan janin manusia untuk hidup di luar rahim.

“Ini boleh menyebabkan kekeliruan bagi ibu bapa yang menghadapi keputusan penting dan sukar tentang campur tangan perubatan untuk kandungan mereka,” kata MHA.

Ia menambah bahawa komuniti perubatan juga telah meluahkan kebimbangan bahawa ini boleh menyebabkan ibu bapa memberi tekanan kepada doktor untuk menggunakan rawatan yang lebih liberal untuk menghidupkan semula bayi yang dilahirkan antara minggu ke-22 dan ke-24 kehamilan.

Ini mungkin mengakibatkan bayi mengalami kecacatan perkembangan saraf yang teruk jika mereka mampu terus hidup, atau membawa kepada kadar percubaan sia-sia yang lebih tinggi untuk menyelamatkan bayi.

Justeru, rang undang-undang meminda agar takrifan anak yang lahir mati ditetapkan pada tempoh selepas 24 minggu kehamilan.

“Ini akan mengelakkan sebarang kekeliruan mengenai kemungkinan janin terus bernyawa. Selain itu, Rang Undang-Undang itu akan menjelaskan kedudukan sedia ada bahawa menggugurkan anak tidak dianggap sebagai kelahiran mati,” tambah MHA.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >