DUNIA Cik Jamalia Sukar berubah serta-merta menjadi malap lebih tiga tahun lalu apabila anak perempuannya, Marhamah Mohamed, empat tahun, dikenal pasti menghidap acute lymphoblastic leukemia (ALL), sejenis barah darah dan sumsum.
Ia bermula apabila beliau menghantar anak tunggalnya itu ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH) bagi mendapat rawatan selepas dia mengalami demam berulang.