Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ibu bekas pemain badminton kebangsaan Li Hu hadapi tuduhan rasuah

Nov 25, 2016 | 11:52 AM



IBU bekas pemain ping pong kebangsaan Singapura, Li Hu, didakwa di mahkamah dengan tuduhan rasuah pada pagi Jumaat (25 Nov).



Su Fengxian, 54 tahun, dituduh menawarkan 2,000 euro ($3,024) kepada pengarah teknikal Persatuan Ping Pong Singapura (STTA), Encik Loy Soo Han, supaya mempengaruhi siasatan STTA ke atas anaknya.



Warga China yang merupakan Penduduk Tetap (PR) Singapura itu memberitahu mahkamah melalui jurubahasa Mandarin beliau bercadang mengaku bersalah.



Kes itu akan disebut semula pada 2.30 petang Jumaat untuk dia mengemukakan pengakuan.



Memakai baju dan seluar hitam, Su tiba di Mahkamah Negara seorang diri. Dia kemudian disertai seorang teman lelaki.



Li, 28 tahun, diheret ke jawatankuasa disiplin STTA pada Oktober kerana melanggar peraturan dalaman.



Beliau membiarkan seorang rakan perempuannya bermalam di asrama STTA, di ibu pejabat persatuan itu di Toa Payoh.



Juara perseorangan junior 2003 dunia dan pemenang pingat gangsa Sukan Asia 2014 itu akhirnya dipecat STTA.



Dalam satu kenyataan media, Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) berkata: "Singapura menggunakan pendekatan toleransi sifar terhadap rasuah. Biro Siasatan Amalan Rasuah memandang serius sembarang amalan rasuah dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam perbuatan itu."



Jika didapati bersalah, Su menghadapi denda hingga $100,000 atau penjara hingga lima tahun atau kedua-dua hukuman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >