Ibu Speaker Parlimen Halimah Yacob meninggal dunia

IBU Speaker Parlimen Halimah Yacob, Hajjah Maimun Abdullah, telah meninggal dunia hari ini pada usia 90 tahun, setelah sekitar seminggu berada hospital.

Jenazah telah disolatkan di Masjid Darul Makmur di Yishun selepas Asar tadi.

Antara yang hadir di masjid itu termasuk Cik Halimah, anggota keluarga serta Menteri Perhubungan dan Penerangan Dr Yaacob Ibrahim, yang turut mengusung jenazah.

"Ini saat paling sedih dalam kehidupan saya. Ibu sayalah pengaruh terbesar dalam kehidupan saya.

"Beliau tidak kenal erti berputus asa dan lebih prihatin tentang kebajikan orang lain daripada dirinya sendiri," ujar Cik Halimah.

Katanya lagi, ibunya itu juga tabah menghadapi dugaan hidup.

Malah, hingga akhir hayatnya beliau tidak mengeluh tentang apa-apa kesakitan atau ketidakselesaan.

"Saya berharap beliau dapat bertahan hingga hari ini tetapi apakan daya," ujar Cik Halimah.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 46
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.