Ibu, teman lelaki dera anak dua tahun sampai mati

SEORANG kanak-kanak berusia dua tahun ditendang dan ditampar hampir setiap hari oleh ibunya yang hamil dan teman lelakinya dalam penyeksaan selama lima minggu yang berakhir dengan kematiannya.

Zaidah, 41 tahun, dan Zaini Jamari, 46 tahun, juga membuat Allahyarham Mohamad Daniel Mohamad Nasser berdiri dengan tangan di atas kepalanya serta memakai lampin sahaja, memaksa dia makan cili kering dan memijak dadanya.

Setiap seorang daripada pekerjaan pembersihan itu didapati bersalah pada Khamis (23 Jun) terhadap tiga tuduhan penderaan kanak-kanak dan satu tuduhan menyebabkan kecederaan parah.

Mereka menunjukkan sedikit penyesalan walaupun apabila ditunjukkan gambar 41 kecederaan yang dialami kanak-kanak itu.

Zaidah, yang mempunyai lima anak lain, dikenakan 26 pertuduhan lain mendera anaknya itu, manakala dan Zaini menghadapi 18 tuduhan lain.

Tuduhan-tuduhan tersebut tidak mengatakan mengapa mereka melakukan kesalahan itu.

Ia semua akan diambil kira apabila pasangan itu dihukum oleh Hakim Daerah Utama Bala Reddy bulan depan.

Bedah siasat mendapati 41 kecederaan luaran pada tubuh Allahyarham.

Pendakwaan meminta hukuman sekurang-kurangnya sembilan tahun penjara bagi setiap seorang daripada mereka, dengan hukuman rotan sembilan hingga 12 kali untuk Zaini, dan hukuman penjara sembilan hingga 12 bulan sebagai ganti hukuman sebat bagi Zaidah.

Pada Oktober lalu, pasangan itu berpindah ke flat satu bilik HDB di Telok Blangah Crescent bersama Allahyarham dan anak perempuan mereka yang berusia satu tahun.

Bapa Allahyarham berada di penjara semasa dia dilahirkan dan Zaidah hilang hubungan dengan suaminya itu.

Pemilik flat itu - kawan Zaidah berusia 50 tahun - dan seorang anak saudaranya berusia 15 tahun tinggal bersama mereka.

Zaidah, yang anak sulungnya berusia 20 tahun, mengandung anak keenam pada Mac tahun lalu dan berhenti kerja sekitar September.

Antara 18 Oktober dan 22 Nov, Allahyarham ditendang dan ditampar oleh Zaidah setiap hari kecuali pada dua hari. Zaini sering menyertainya.

Pada 21 Okt, Allahyarham disuruh berdiri di sebelah kipas angin sebagai hukuman. Apabila dia mengantuk dan tidak dapat berdiri, Zaidah menamparnya beberapa kali.

Apabila Allahyarham jatuh, Zaidah menendang perutnya, kemudian menarik tangan kanak-kanak itu dan menyuruhnya berdiri di dapur.

Pada 9 Nov, sedang Allahyarham berdiri dengan tangannya di atas kepala, Zaini menendangnya dengan kuat di belakang, membuat dia terjatuh, dan kemudian menendangnya dengan kuat di rusuk.

Pada 15 Nov, Allahyarham menerima pukulan serupa.

Tiga hari kemudian, Zaidah memukul anaknya itu di muka dan dada begitu kuat hingga mulutnya berdarah dan dia jatuh.

Sehari sebelum Allahyarham meninggal dunia, Zaidah cuba memberinya sarapan tetapi dia tidak mau makan dan Zaidah menamparnya tiga kali. Pasangan itu kemudian menamparnya berkali-kali. Apabila Allahyarham jatuh, Zaidah memijak dadanya dan menarik tangannya.

Pada petang itu, Allahyarham disuruh berdiri sebagai hukuman. Apabila dia meletakkan tangan di bingkai katil kerana keletihan, pasangan itu sekali lagi menamparnya.

Sedang Allahyarham terbaring di atas lantai dengan matanya tertutup, Zaini memaksanya memakan cili kering dua sudu. Zaini kemudian membawanya ke tandas, membasuh mulutnya dan menyuruhnya berdiri di ruang tamu.

Tidak lama selepas itu, Allahyarham kelihatan lemah tetapi pasangan itu menyerangnya lagi, menamparnya dan menendangnya di dada dan perut. Kali ini, kepala Allahyarham terhantuk pada lantai.

Zaidah memberi cili kering kepada Zaini, yang menyumbatnya ke dalam kerongkong kanak-kanak itu sehingga lendir keluar dari hidungnya.

Sekitar 8 pagi esoknya, iaitu 23 Nov, pasangan itu tidak dapat mengejutkan Allahyarham daripada tidur. Paramedik mendapati tiada gerakan elektrik di dalam hatinya.

Ditanya mengenai lebam pada tubuh Allahyarham, Zaidah berkata dia suka mencubit dirinya sendiri.

Selepas kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia di hospital, pasangan itu disoal siasat oleh polis, tetapi mereka berbohong kononnya Allahyarham terjatuh dalam tandas.

Mereka kemudian pulang ke rumah untuk menonton televisyen, kata Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Claire Poh, yang juga menyebut mengenai "sikap acuh tak acuh" pasangan itu mengenai penderitaan Allahyarham

Kematian Allahyarham disahkan berpunca daripada kecederaan kepala.

Hukuman akan dijatuhkan pada 5 Julai.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 38
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.