Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ibu tunggal dipenjara kerana guna dokumen palsu tipu Citibank

Aug 30, 2022 | 05:30 AM



SEORANG ibu tunggal kini menjadi orang ke-13 dijatuhi hukuman penjara kerana peranannya dalam muslihat yang menyaksikan dokumen palsu diserahkan kepada Citibank untuk dapatkan pinjaman.



Kiran Kaur, 29 tahun, dijatuhi hukuman penjara enam bulan kerana menipu semalam.



Mahkamah diberitahu bahawa antara September dan Oktober 2018, bahagian pengguna Citigroup menerima dan meluluskan 20 permohonan pinjaman yang kemudian didapati mengandungi dokumen pendapatan palsu.



Menurut laporan The Straits Times, setiap pinjaman melibatkan antara $12,000 dan $24,000.



Kiran sedang menganggur dan menghadapi masalah kewangan ketika dia menjawab iklan pada September 2018 untuk pekerjaan yang boleh mendapatkan "tunai cepat" di pasaran dalam talian di Carousell, kata Timbalan Pendakwa Raya Dhiraj G. Chainani.



Menerusi iklan itu, dia menghubungi seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai "Charles" melalui platform mesej WhatsApp.



Charles, yang identitinya tidak disebut dalam dokumen mahkamah, memberitahu Kaur boleh membantunya mendapatkan pinjaman daripada Citibank.



DPP Chainani berkata:



"Tertuduh memberitahu Charles bahawa dia tidak bekerja pada masa itu dan tidak mempunyai sebarang sumbangan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) untuk memohon pinjaman bank.



"Charles memberitahu tertuduh supaya tidak bimbang dan tertuduh tidak perlu memenuhi tahap pendapatan yang diperlukan untuk layak mendapat pinjaman bank."



Dia meminta Kiran mendedahkan butiran log masuk Singpassnya dan memberitahu tertuduh untuk bertemu seorang lelaki yang tidak dikenali di luar cawangan Citibank di MacDonald House di Orchard Road, untuk mengambil satu set dokumen bagi permohonan pinjaman.



Kiran melakukan seperti yang diarahkan dan menerima dokumen yang secara palsu menyatakan bahawa dia bekerja di bank lain dan memperoleh $6,700 sebulan untuk Julai dan Ogos tahun itu.



Permohonan pinjamannya dikemukakan pada 10 September 2018 dan kemudiannya diluluskan.



Secara keseluruhan, Kiran menerima $13,490 tetapi dia mendakwa dia menyimpan $4,000 dan memberikan selebihnya kepada lelaki yang memberikan dokumen palsu itu.



Charles telah mengarahkannya untuk melakukan demikian, katanya.



Pada 2 Oktober tahun itu, wakil Citibank membuat laporan polis bahawa bank itu telah meluluskan pinjaman berdasarkan dokumen pendapatan yang dipalsukan.



Kiran dikenal pasti sebagai salah seorang pemohon.



Mahkamah diberitahu Kiran telah buat bayaran balik sebanyak $4,000.



Dia diikat jamin $10,000 semalam dan diperintahkan menyerahkan diri di mahkamah pada 26 September ini untuk memulakan hukuman.



Kerana kesalahan menipu, dia boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan didenda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >