Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ICA dan Kastam berkas lapan warga Indonesia

Dec 23, 2016 | 10:43 AM



LAPAN lelaki warga Indonesia telah diberkas atas kesalahan imigresen dan menjual rokok yang tidak dibayar cukai dalam satu operasi bersama yang dijalankan kelmarin (21 Nov).



Operasi tiga jam itu berlangsung di Estet Perusahaan Yew Tee dan melibatkan anggota penguatkuasa dari Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dan Kastam Singapura.



Sejumlah 119 karton rokok tidak dibayar cukai telah dirampas dalam operasi tersebut.



Nilai cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang terlibat ditaksirkan berjumlah $11,465.



Siasatan ke atas kesemua suspek sedang berjalan.



ICA memandang berat percubaan individu yang cuba berada di Singapura melebihi tempoh yang dibenarkan.



Di bawah Akta Imigresen (Bab 133), hukuman untuk mereka yang tinggal melebihi tempoh yang ditetapkan atau kemasukan ke negara ini secara haram, adalah penjara sehingga enam bulan dan dirotan sekurang-kurangnya tiga kali, sedang hukuman untuk mereka yang meninggalkan Singapura secara haram pula didenda sehingg $2,000 atau dipenjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >