Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ICA: Empat dipenjara, rotan kerana 'bisnes' menyeludup

Mar 28, 2017 | 11:09 AM



SEORANG lelaki warga Malaysia berusia 26 tahun telah disabitkan dengan kesalahan menjalan perniagaan dengan cara unik - menyeludup keluar seorang pesalah imigresen ke luar Singapura menerusi Pusat Pemeriksaan Woodlands.



Atas kesalahan itu, Chee Tian Hao dipenjara selama dua tahun dan disebat tiga kali ke atas semasa dia dihadapkan ke mahkamah pada 23 Mac lalu



Dalam kenyataannya, Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) berkata, Chee diberkas pada 14 Februari tahun lalu kerana cuba menyeludup keluar seorang warga Bangladesh berusia 32 tahun, Md Islam Md Haris Madbar, dengan menyembunyikannya dalam sebuah kereta yang didaftarkan di Malaysia.



Md Islam ditemui merunduk di lantai tempat duduk belakang.



Kereta yang digunakan telah ditahan dan akan dirampas.



Menyusuli penangkapan Chee dan Md Islam, pegawai ICA menjalankan siasatan lanjut berhubung kes itu dan mendapati terdapat seorang lagi lelaki warga Malaysia yang terlibat dan mengatur 'pelepasan' secara haram itu.



Pada hari yang sama, seorang lelaki berusia 36 tahun, Mohamed Haniffa Sawulmaid telah ditahan di dewan pelepasan bas di Pusat Pemeriksaan Woodlands.



Pegawai ICA turut mengenalpasti suspek keempat, seorang lelaki berumur 61 tahun, Jumali Yusof, yang juga terlibat dalam mengatur 'pelepasan' secara menyeludup itu.



Md Islam telah disabitkan kesalahan pada 15 Mac 2016 dan dipenjara enam bulan dan disebat lima kali.



Mohamed Haniffa pula disabitkan dengan kesalahan pada 28 Februari lalu dan dijatuhi hukuman penjara lapan bulan sedang Jumali dijatuhkan hukuman pada 25 November 2016 dan dipenjara selama dua setengah tahun kerana tidak dirotan.



Menurut ICA ia memandang serius percubaan individu asing berada di Singapura lebih lama dari tempoh yang dibenarkan, selain cuba memasuki atau keluar Singapura secara haram.



Di bawah Akta Imigresen (Bab 133), hukuman untuk pesalah yang berada di Singapura lebih lama dari tempoh yang dibenarkan atau memasuki negara ini secara haram adalah penjara sehingga enam bulan dan disebat, sementara hukuman untuk mereka yang terlibat dalam perniagaan membawa masuk atau keluar pendatang asing ke dalam atau ke luar Singapura adalah penjara tidak kurang daripada dua tahun dan tidak melebihi lima tahun dan dirotan tidak lebih tiga kali.



"Sempadan kita dalah benteng pertama pertahanan dalam mengawal keselamatan Singapura.



"Pemeriksaan keselamatan adalah genting dalam menjaga keselamatan negara ini. Kami akan terus menjalankan pemeriksaan keselamatan terhadap penumpang dan kenderaan demi mengelak percubaan untuk menyeludup orang-orang yang tidak diinginkan, dadah, senjata, bahan letupan dan barangan lain yang tidak dibenarkan," kata ICA dalam kenyataannya hari ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >