Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ICA: Kesesakan, kelewatan dijangka di pusat pemeriksaan sepanjang CNY

Jan 26, 2016 | 02:30 PM



KIRA-KIRA 430,000 orang dijangka menggunakan pusat pemeriksaan Tuas dan Woodlands dalam tempoh sibuk perayaan Tahun Baru Cina (CNY) yang akan datang, umum Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA).


Dalam nasihat perjalanan yang dikeluarkan pada Selasa (26 Januari), ia menggesa mereka yang mahu pergi ke Malaysia bagi cuti CNY supaya merancang perjalanan dengan teliti dan mengjangka kelewatan.


Hari pertama CNY jatuh pada 8 Februari.


Jumlah lalu lintas di dua pusat pemeriksaan itu dijangka bertambah dari 4 Februari dan berterusan hingga 14 Februari, kata ICA.


Orang ramai boleh menjangka lalu lintas dari Singapura berat pada 4-7 Februari, manakala trafik ketibaan dijangka sangat berat antara 9 dan 14 Februari.


ICA juga memberi amaran bahawa pemeriksaan keselamatan, yang tetap menjadi keutamaan bagi mengelakkan ancaman kepada Singapura, bermakna kesibukan lalu lintas tidak dapat dielak.


Orang harus menyesuaikan rancangan perjalanan mereka jika boleh, bagi mengelakkan kesesakan manusia dan kenderaan di kedua-dua pusat pemeriksaan.


Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya memeriksa keadaan lalu lintas di kedua-dua pusat pemeriksaan sebelum memulakan perjalanan, untuk membantu mengurangkan kesesakan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >