Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ICA patahkan tiga percubaan seludup rokok

Sejumlah 4,098 karton dikesan; $425,190 nilai cukai yang cuba dielak
Dec 24, 2015 | 02:23 PM



DALAM masa lima hari, anggota Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) telah mengesan tiga percubaan menyeludup rokok menerusi Pagar Utama Pelabuhan Jurong (JPMG).


Rokok seludup ini ditemui tersorok dalam beberapa barangan penghantaran.


Dalam kenyataannya hari ini, ICA menyatakan sejumlah 4,098 karton rokok telah dikesan daripada ketiga-tiga kes ini.


Dalam kes pertama yang berlaku kira-kira 12 tengah hari pada 18 Disember lalu, anggota ICA telah menahan sebuah lori yang dipandu lelaki warga Singapura berusia 48 tahun di JPMG dan barangan yang dimuatkan dalam lori itu telah dikenakan menjalani pengimbasan radiografik di Stesen Pengimbasan Jurong (JSS).


Barangan itu telah diisytiharkan sebagai kabinet dan meja.


Bagaimanapun kakitangan ICA yang bertugas memerhatikan ada sesuatu tidak kena dalam gambar hasil imbasan itu dan mengarahkan pemeriksaan lanjut dibuat ke atasnya.


Semasa pemeriksaan yang dijalankan, para anggota ICA mengesan sejumlah 1,648 karton rokok yang cuba diseludup, tersembunyi di lantai dan kedua-dua dinding bagi setiap meja dan kabinet yang ingin dihantar.


Kes kedua pula berlaku kira-kira 11 pagi pada 22 Disember lalu, apabila pihak ICA sekali lagi menahan sebuah lori yang dipandu lelaki warga tempatan untuk diperiksa di JPMG.


Muatan sebanyak tiga palet yang diisytiharkan sebagai lukisan, lakaran dan bahan lukis itu telah diarahkan menjalani imbasan radiografik.


Para anggota ICA sekali lagi berasakan ada sesuatu yang tidak kena dan setelah mengeluarkan beberapa lukisan, mendapati ada lowongan di palet atau pelantar meletak barangan itu yang diisi dengan rokok yang ingin diseludup masuk ke negara ini.


Sejumlah 900 karton rokon selduup ditemui.


Kes penyeludupan ketiga dikesan pada 12.30 tengah hari keesokannya.


Sebuah lori yang dipandu warga Singapura berumur 39 tahun tiba untuk pelepasan.


Barangan yang termuat di dalam lori itu diisytiharkan sebagai panel kalis bunyi.


Para anggota ICA mengarahkan muatan diperiksa selepas didapati ada yang tidak kena selepas menjalani pengimbasan.


Sebaik dibuka panel-panel berkenaan, para anggota ICA menemui 1,550 karton rokok yang cuba diseludup ke negara ini.


Secara keseluruhannya, para penyeludup bagi ketiga-tiga kes ini cuba mengelak daripada membayar $425,190 Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).


Kesemua suspek, rokok dan kenderaan yang digunakan telah diserahkan kepada pihak Kastam bagi siasatan lanjut.


Kenderaan yang digunakan bagi tujuan menyeludup boleh dirampas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >