PENGUASA Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) merampas awal pagi kelmarin 10,000 karton rokok seludup yang dibawa oleh sebuah lori berdaftar di Malaysia.
Menurut ICA dalam kenyataan akhbar semalam, jumlah cukai serta Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang sepatutnya dibayar bagi rokok itu masing-masing berjumlah kira-kira $776,000 dan $57,510.