ICA: Rancang perjalanan bagi elak sesak di Woodlands, Tuas

PENGUASA Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) menasihatkan orang ramai supaya merancang perjalanan jika mahu menggunakan pusat pemeriksaan Woodlands atau Tuas menjelang cuti umum Deepavali pada 10 Nov.

Lalu lintas di kedua-dua pusat pemeriksaan dijangka berat dari Jumaat (6 Nov) sehingga 10 November, ujar ICA dalam satu kenyataan pada Selasa (Nov 3).

Ia menasihatkan orang ramai supaya menyesuaikan rancangan mereka jika boleh bagi mengelakkan kesesakan.

Pengguna jalan raya juga dinasihatkan agar memeriksa keadaan lalu lintas di kedua-dua pusat pemeriksaan sebelum memulakan perjalanan.

ICA juga memberi beberapa panduan bagi melegakan lalu lintas di pusat pemeriksaan, termasuk berkongsi kereta dan mengamalkan disiplin lorong, serta menggalak rakyat Singapura, Penduduk Tetap dan pemegang pas jangka panjang menggunakan lorong Sistem Pelepasan Imigresen Automatik yang dipertingkat di dewan bas.

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:00
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 19
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.