KIRA-KIRA 430,000 orang dijangka menggunakan pusat pemeriksaan Tuas dan Woodlands dalam tempoh sibuk perayaan Tahun Baru Cina (CNY) yang akan datang, menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) semalam.
Dalam nasihat perjalanan yang dikeluarkan semalam, ia menggesa mereka yang ingin ke Malaysia untuk bercuti CNY supaya merancang perjalanan dengan teliti dan menjangkakan kelewatan.