Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ICA tingkatkan operasi penyelarasan antara agensi

Jan 02, 2015 | 07:45 PM



PENGUASA Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) telah melancarkan sebuah Koman Pusat Pemeriksaan Bersepadu (ICC) baru bagi mengukuhkan lagi penyelarasan antara agensi-agensi Home Team.


Struktur koman baru itu akan terdiri daripada domain darat, laut dan udara.


Ia akan dilaksanakan dalam beberapa fasa, dengan domain darat dimulakan hari ini.


ICA tidak memberi perincian mengenai bila ia akan dilaksanakan di sempadan-sempadan lain.


ICC baru itu, yang akan beroperasi di bawah "struktur kawalan dan koman bersatu", akan mencapai penyelarasan operasi lebih besar, kata ICA dalam satu kenyataan.


Ia juga akan menyediakan garisan lebih jelas bagi tanggungjawab dan koman pegawai ICA, polis dan biro narkotik pusat yang bekerjasama di pusat-pusat pemeriksaan, kata kenyataan itu.


Setiap domain akan mempunyai komandernya sendiri yang akan bertanggungjawab bagi semua operasi pusat pemeriksaan Home Team di dalam domainnya.


Semua pegawai dari pelbagai agensi akan lapor kepada komander domain, dan bukan kepada ketua-ketua berasingan.


Ketiga-tiga komander domain kemudian akan lapor kepada pesuruhjaya ICA, menjadikan ICA pihak berkuasa keseluruhan yang bertanggungjawab bagi operasi sempadan.


Domain darat ICC, yang meliputi pusat-pusat pemeriksaan Tuas dan Woodlands, akan diketuai Penolong Pesuruhjaya Ong Choon Beng, 41 tahun.


Penolong Pesuruhjaya Ong telah berkhidmat bersama ICA dan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) selama 16 tahun, memegang pelbagai jawatan, termasuk Komander Koman Woodlands, Ketua Unit Pasport di ICA, dan Pengarah Pejabat Ketua Pegawai Sains dan Teknologi (Ocsto) di MHA.


Beliau berkata: "Saya percaya ICC akan menjadikan agensi-agensi Home Team di pusat-pusat pemeriksaan darat lebih rapat dan menghasilkan struktur kawalan dan koman yang lebih tegap."


Penolong Pesuruhjaya Alan Koo Weng Yew, 45 tahun, pula menggantikan Encik Ong sebagai Komander Koman Woodlands baru.


Beliau sebelum itu merupakan Timbalan Komander Kanan Operasi Darat di Koman Woodlands.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >