IDA gesa pengguna SingPass waspada e-mel pancing data

PENGUASA Pembangunan Infokom Singapura (IDA) telah menggesa pengguna SingPass, gerbang perkhidmatan dalam talian pemerintah, agar tidak menjadi mangsa kepada e-mel phishing atau pemancingan data yang sedang tersebar.

Menurut pos IDA di Facebook, beberapa pengguna SingPass telah menerima e-mel bertajuk 'SingPass account security info verification' atau 'Pengesahan maklumat keselamatan Singpass' daripada penghantar dengan nama 'Singpass Goverment' atau 'Pemerintah SingPass' beralamat e-mel notification@singpass-services.gov.sg.

E-mel tersebut memberitahu penerima bahawa PIN SingPass mereka telah digantung dan meminta penerima menekan klik sebuah pautan untuk mengesahkan alamat e-mel mereka.

"Sila ambil perhatian bahawa ini merupakan satu e-mel phishing, yang TIDAK dihantar oleh SingPass.

"Sekiranya anda menerima e-mel ini, jangan klik pada pautan. Padamnya dan hubungi SingPass di singpass-helpdesk@crimsonlogic.com," tulis IDA.

Phishing atau pemancingan data ialah satu proses jenayah penipuan yang digunakan penjenayah siber untuk mendedahkan maklumat peribadi yang sensitif melalui laman web atau aplikasi mudah alih.

Proses itu cuba mendapatkan maklumat seperti identiti pengguna dan kata laluan, serta butiran kad kredit, menurut laman web SingPass.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
6:59
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 61
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.