Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

IDA, MDA bergabung jadi IMDA

Jan 18, 2016 | 11:44 AM



PENGUASA infokom dan media Singapura akan digabungkan agar negara ini berada di kedudukan lebih baik untuk merebut peluang baru dalam ruang media dan infokom yang kian bersepadu.


Menteri Perhubungan dan Penerangan, Dr Yaacob Ibrahim, mengumumkan bahawa Penguasa Pembangunan Infokom (IDA) dan Penguasa Pembangunan Media (MDA) akan digabungkan bagi membentuk Penguasa Pembangunan Infokom Media Singapura (IMDA) menjelang April.


IMDA antara lain akan mempertingkat keupayaan kawal selia bagi sektor infokom media untuk melindungi pengguna.


Semasa berucap di forum mengenai Internet atau 'Internet of Things' dalam bandar bijak dan mampan di Pusat Konvensyen dan Pameran Suntec pagi tadi, Dr Yaacob turut mengumumkan penubuhan sebuah badan baru, Pertubuhan Teknologi Pemerintah (GTO).


GTO yang akan menerajui usaha pendigitan pemerintah akan mengambil alih fungsi kejuruteraan Pejabat Ketua Penerangan Pemerintah (GCIO) IDA yang bakal dibubarkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >