ULAMA setempat perlu menjelaskan daripada perspektif keagamaan sejauh mana ideologi militan Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS) terkeluar daripada Islam, bahawa 'perjuangan' golongan itu sia-sia dan hanya akan membawa mereka lebih jauh daripada ajaran Islam.
Inilah yang perlu ditekankan dalam aspek pengajian Islam bagi menepis pengaruh songsang militan ISIS.