IE Singapore bakal meterai dua MOU di Mexico

IE Singapore berkata ia akan memeterai dua memorandum persefahaman (MOU) di Mexico minggu ini, untuk mewujudkan usahasama dalam bidang prasarana dan perhubungan.

Ia akan menandatangani satu perjanjian dengan Sekretariat Pembangunan Ekonomi Mexico City, yang melaksanakan dasar-dasar pembangunan dan peraturan bagi kegiatan ekonomi dalam sektor perindustrian, komersial dan perkhidmatan Mexico City, lapor The Business Times.

Menerusi perjanjian ini, IE Singapore menjangkakan kerjasama lebih kukuh merentasi bidang-bidang seperti perancangan bandar; inovasi dan penyelidikan; air dan perawatan air; infrastruktur pelancongan; dan pengurusan logistik dan pengangkutan.

Awal minggu ini, ia memeterai MOU berasingan dengan agency penggalak pelaburan dan perdagangan Mexico.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 45
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.