AGENSI air negara, PUB, sedang menyiasat satu laporan ikan-ikan mati yang dijumpai di Sungei Tampines kelmarin.
Dalam satu pos Facebook semalam, PUB berkata ikan-ikan yang mati itu telah dialihkan selepas ia dilihat di dalam sungai itu yang terletak di antara Pasir Ris Drive 1 dengan Pasir Ris Drive 3 pada 2.20 petang.