PEMIMPIN Singapura dan Malaysia turut mengulangi iltizam meningkatkan lagi ikatan kebudayaan di peringkat masyarakat kededua negara.
Dalam kenyataan bersama Rahat Pemimpin yang dikeluarkan semalam, kededua perdana menteri melahirkan sokongan bagi inisiatif bersama antara Taman Warisan Melayu Singapura dengan agensi dan universiti Malaysia seperti Perpustakaan Negara Malaysia, Institut Alam dan Tamadun Melayu, Muzium Negara dan Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang.