Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ikhtiar bantu warga senja bangkit atasi ‘lemah’ fizikal

Jul 17, 2023 | 05:30 AM



Kelemahan merupakan keadaan di mana kesihatan dan fungsi mula merosot dan mungkin menyebabkan seseorang itu terpaksa ‘tinggal’ di hospital untuk tempoh agak lama atau mengambil masa untuk pulih apabila jatuh sakit.

Ramai yang tersilap bahawa gejala kelemahan seperti penat dan sukar untuk menaiki anak tangga merupakan sebahagian daripada penuaan biasa.

Namun dengan pengesanan dan campur tangan awal, kelemahan boleh dicegah dan diubah.

Ia sekali gus membolehkan warga senja menikmati kesihatan lebih baik dan menjalani kehidupan bermakna.

Penuaan yang sihat mempunyai banyak manfaat, termasuk mempertingkat kesejahteraan dan daya tahan terhadap penyakit, serta mengurangkan risiko terjatuh.

Kelemahan dalam kalangan warga senja biasanya dikenal pasti dengan berat badan yang berkurangan tanpa disengajakan, semakin terasa lemah, gerakan perlahan dan rasa penat.

Semasa interaksi saya dengan penduduk dalam masyarakat, saya perhatikan kebanyakan mereka tidak melihat diri mereka sebagai lemah.

Namun dengan meningkatnya pemahaman mereka tentang kelemahan, mereka kian diperkasa untuk mengorak langkah aktif dalam memperbaiki tahap kesihatan. Ini selepas mereka menjalani penilaian, pendidikan dan campur tangan yang disasarkan.

Salah seorang penduduk yang pernah bekerjasama dengan saya ialah Cik Fatimah Arib, 79 tahun.

Pada masa ini, beliau merupakan peserta aktif dalam program pencegahan dan pengurusan kelemahan dalam masyarakat, CommFit oleh Woodlands Health. Ia melibatkan usaha menyokong penduduk yang lemah di peringkat rendah hingga sederhana.

Bekerjasama dengan jururawat masyarakat, kami berkongsi pengetahuan mengenai senaman dan pemakanan sihat bersamanya dan kini beliau lebih faham cara menangani kelemahan.

Sejak itu Cik Fatimah semakin aktif dalam menyertai senaman serta beberapa kegiatan yang dianjurkan di pusat penuaan berdekatan rumahnya.

Di samping itu, beliau bertemu saya sekali setiap bulan di Pos Kesihatan Masyarakat (CHP) untuk berbincang cara beliau boleh mencapai sasaran kesihatan peribadinya.

Adalah amat menggalakkan untuk mengetahui bahawa beliau berjaya mengurangkan pengambilan gula dan minyak.

Beberapa cara yang boleh diambil individu untuk mencegah dan menguruskan kelemahan adalah menerusi kegiatan senaman dan fizikal yang kerap.

Ini membantu dalam meningkatkan stamina, fleksibiliti, kekuatan dan keseimbangan.

Adalah penting untuk mengetahui bahawa anda disaran bermula dengan perlahan dan secara berperingkat. Kemudian, tingkatkan kekerapan serta intensiti senaman.

Bersenam dengan rakan dan mempunyai rutin senaman yang mampan menjadikan perjalanan lebih menyeronokkan.

Satu lagi aspek penting adalah untuk mengikut diet seimbang dengan zat yang mencukupi termasuk protein, kalsium dan vitamin D.

Ini akan membantu mengekalkan kekuatan otot serta memelihara jisim tulang.

Para peserta program CommFit akan dipantau Pasukan Kesihatan Masyarakat yang terdiri daripada jurulatih kesihatan serta jururawat masyarakat.

Mereka akan menerima penilaian kelemahan yang menyeluruh, pendidikan mengenai senaman pemakanan sihat, serta mengenai penjaga dan sokongan.

Selain itu mereka juga akan mendapat semakan tentang perubatan, selain penilaian tentang sekitaran rumah.

Pasukan itu turut disokong pakar geriatrik, fisioterapi, pakar terapi jurupulih dan pakar diet. Ini bagi memastikan aspek berbeza individu itu turut dilibat sama.

Pada masa ini, program tersebut disediakan di dua CHP di Pusat Penuaan Aktif berikut:

1. Pusat Penuaan Aktif Sunlove

Blok 3, Marsiling Road, #01-5137

Waktu operasi:

Isnin, Rabu: 9 pagi hingga 5 petang

2. Pusat Penuaan Aktif Sunlove

Blok 764B, Woodlands Circle, #01-208

Waktu operasi:

Isnin, Rabu, Khamis: 9 pagi hingga 12 tengah hari.

Penulis ialah Jurulatih Kesihatan, Pejabat Kesihatan Serantau, Woodlands Health.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >