Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

IMF turun ramalan pertumbuhan ekonomi S'pura

Feb 01, 2023 | 05:30 AM



DANA Kewangan Antarabangsa (IMF) telah menurunkan ramalan pertumbuhan 2023 bagi Singapura serta negara-negara Asean lain, sambil mengatakan pertumbuhan global yang perlahan akan mengatasi kesan positif daripada pembukaan semula ekonomi China.



Ketua ekonominya Pierre-Olivier Gourinchas berkata ekonomi Singapura akan berkembang sebanyak 1.5 peratus tahun ini, lebih perlahan daripada pertumbuhan 3.7 peratus yang dicapai pada 2022, lapor The Straits Times.



Bercakap pada sidang media yang diadakan di sini semalam tentang keluaran terkini Tinjauan Ekonomi Dunia (WEO) IMF, beliau berkata, ramalan itu diturunkan daripada ramalan 2.3 peratus yang dibuat pada Oktober lalu, sejajar dengan pertumbuhan yang lebih perlahan dalam kalangan kebanyakan rakan dagangan utama Singapura.



Ramalan IMF itu sejajar dengan ramalan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) mengenai pertumbuhan Singapura tahun ini iaitu antara 0.5 peratus hingga 2.5 peratus.



IMF menaikkan sedikit ramalan pertumbuhan global 2023 kepada 2.9 peratus daripada 2.7 peratus yang diramalkannya pada Oktober disebabkan pengguna yang berdaya tahan dan pembukaan semula ekonomi China.



Namun, sementara pertumbuhan ekonomi China akan pulih kepada 5.2 peratus tahun ini daripada hanya 3 peratus pada 2022, rakan perdagangan utama Singapura yang lain seperti Amerika Syarikat (AS) dan Eropah akan mengalami pertumbuhan yang perlahan.



Ekonomi AS akan tumbuh 1.4 peratus tahun ini, turun daripada 2 peratus pada 2022.



Pertumbuhan di Eropah pula dijangka berada pada 0.7 peratus, turun daripada 3.5 peratus tahun lalu, sementara ekonomi United Kingdom dijangka kecut sebanyak 0.6 peratus.



"Apa yang penting bagi Singapura, dan bagi kebanyakan ekonomi Asia yang lain juga ialah keterbukaan untuk berdagang.



"Ini adalah ekonomi yang akan sangat dipengaruhi oleh apa yang berlaku dari segi aktiviti global," kata Encik Gourinchas.



Beliau berkata, Singapura juga akan mengalami inflasi yang tinggi sepanjang 2023, sebahagiannya disebabkan kenaikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan mendorong Penguasa Kewangan Singapura (MAS) mengekalkan keadaan kewangan yang ketat bagi tempoh lebih lama.



Menurut IMF, Asean 5 - yang terdiri daripada Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand - akan tumbuh sebanyak 4.3 peratus.



Sementara itu, meskipun IMF percaya bahawa ketegangan perdagangan yang semakin meningkat antara AS dan China akan menjejas pertumbuhan global pada tahun-tahun akan datang, Singapura dan negara Asean lain mungkin dapat meraih manfaat.



"Beberapa perniagaan memikirkan semula mana mereka boleh menempatkan aktiviti mereka... dan ini mungkin dapat memanfaatkan tempat seperti Singapura yang boleh menjadi lokasi menarik bagi pelabur asing ," kata Encik Gourinchas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >