Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Income lancar insurans bagi pengguna basikal, alat mobiliti

Apr 20, 2016 | 02:03 PM



NTUC Income telah melancarkan pelan insurans yang menyediakan perlindungan kepada pengguna basikal dan alat mobiliti peribadi (PMD) seperti skuter elektrik dan hoverboards



Pelan itu, yang dikenali sebagai Perlindungan Mobiliti Peribadi, meliputi kematian akibat kemalangan, hilang upaya kekal, perbelanjaan perubatan daripada kecederaan dan liabiliti pihak ketiga selepas kemalangan ketika menunggang, menaiki atau turun PMD atau basikal di Singapura, umum Income dalam satu kenyataan media pada Rabu (20 April).



Pada harga $96 setahun, pemegang polisi akan mendapat perlindungan hingga $1 juta untuk membayar ganti rugi terhadap pihak ketiga akibat kecederaan atau kerosakan harta akibat kemalangan.



Syarikat insurans itu berkata ia memutuskan melancarkan pelan tersebut kerana bertambahnya penggunaan PMD dan basikal di Singapura, yang seiring dengan trend peningkatan jumlah kemalangan melibatkan alat itu.



Menurut Naib Presiden Income bagi Keluaran Peribadi, Cik Annie Chua, Perlindungan Mobility Peribadi direka untuk memberi perlindungan kepada pengguna PMD dan basikal supaya mereka boleh mempunyai "ketenangan fikiran" apabila melibatkan diri dalam kegiatan riadah.



Pelan insurans itu boleh dibeli menerusi laman www.income.com.sg/PMG mulai 25 April.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >