Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pasport Singapura kedua paling berkuasa di dunia

Jan 16, 2017 | 12:38 PM



PASPORT Singapura adalah pasport kedua paling 'berkuasa' di dunia, menurut satu ranking pasport sedunia.



Singapura menduduki tempat kedua bersama Sweden, dengan skor bebas visa sebanyak 156 mata, manakala Jerman menduduki tempat teratas dengan kelebihan satu mata dalam Indeks Passport 2017.



Denmark, Finland, Perancis, Sepanyol, Switzerland, Norway, United Kingdom dan Amerika Syarikat semua berkongsi tempat ketiga dengan 155 mata.



Singapura naik satu anak tangga daripada indeks tahun lepas dan mengatasi Korea Selatan menjadi pasport Asia dengan kedudukan tertinggi.



Pasport terburuk adalah Iraq (92 mata), Pakistan (93 mata) dan Afghanistan (94 mata).



Indeks itu mengira skor visa percuma setiap pasport dengan menggunakan tiga langkah: mengira jumlah negara yang boleh dikunjungi oleh pemilik pasport tanpa visa, atau di mana mereka boleh mendapatkan visa semasa ketibaan; membandingkan dua angka tersebut; dan menggunakan Indeks Program Pembangunan Manusia Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNDP HDI) sebagai penentu keputusan.



Indeks yang disusun oleh firma penasihat kewangan Arton Capital itu meninjau 193 negara dan enam wilayah.



Satu lagi ranking pasport sedunia tahun lepas menempatkan Singapura di tangga kelima, dengan Jerman menduduki tempat pertama juga.



Indeks Visa Sekatan Henley & Partners 2016 mengukur kedudukan pasport mengikut jumlah warga negara-negara yang mempunyai perjalanan visa percuma.



Indeks itu dihasilkan dengan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA). - The Sraits Times.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >