SINGAPURA dan India sedang memulakan babak baru dalam hubungan dua hala, dengan Perdana Menteri India, Encik Narendra Modi, berminat untuk menerokai bidang-bidang kerjasama baru, termasuk pengurusan pelabuhan dan pembersihan sungai.
Dalam pertemuan selama 30 minit kelmarin, Menteri Luar, Encik K. Shanmugam, dan Encik Modi berbincang tentang kemungkinan bekerjasama untuk menyediakan perumahan berkos rendah dan pembersihan sungai.