Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Indonesia alu-alu bantuan Singapura, Malaysia dapatkan pesawat pemadam api lebih besar

Oct 07, 2015 | 10:27 AM



INDONESIA berkata ia memerlukan pesawat boleh mengangkut lebih banyak air dan terbang lebih jauh, untuk memadamkan kebakaran hutan yang menyebabkan jerebu yang telah merebak di seluruh rantau ini.


Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia semalam berkata ia terbuka kepada bantuan daripada Singapura dan Malaysia untuk memperoleh pengebom air lebih besar seperti Beriev Be-200 buatan Russia atau CL-245 dari Canada.


Ini timbul selepas perbincangan untuk mendapatkan pesawat itu dari Russia dan Canada terhenti beberapa minggu lalu.


"Jika Singapura atau Malaysia mempunyai akses lebih baik, mereka dialu-alukan membantu membawa pesawat udara itu ke sini kerana Indonesia memerlukannya," kata jurucakap BNPB, Dr Sutopo Purwo Nugroho, lapor akhbar The Straits Times


"Mana-mana negara lain juga dialu-alukan membantu."


Skala kebarakan hutan dan tanah di Sumatera dan Kalimantan sudah sampai ke tahap di mana pekerja kecemasan memerlukan peralatan lebih baik, katanya, merujuk kepada dua pesawat amfibia tersebut, yang dibina khas untuk melawan api di landskap luas itu.


CL-245, atau variasi baru CL-415, dapat terbang dengan lebih 6,000 liter air, manakala Beriev, yang lebih besar, boleh membawa lebih dua kali ganda jumlah itu.


Kebanyakan helikopter yang sedang digunakan dalam operasi pengeboman air di seluruh Indonesia boleh mengangkut 500 liter air.


Singapura antara pertama negara jiran Indonesia pertama menawarkan bantuan, merangkumi pasukan pemadam kebakaran, sebuah pesawat C-130 untuk pembenihan awan dan sebuah helikopter Chinook dilengkapi dengan baldi air bagi memadam kebakaran dari udara.


Malaysia juga telah menawarkan pesawat untuk membantu memadamkan kebakaran.


Indonesia pada mulanya menolak tawaran itu, tetapi baru-baru ini berkata ia mengalu-alukan bantuan dan memintanya apabila tiba masanya.


Dr Sutopo berkata Indonesia telah menghubungi kedutaan Canada di Jakarta dan juga duta Russia ke Indonesia bagi mendapatkan pesawat itu tetapi tidak berjaya.


Itu kerana pesawat itu telah dikerahkan untuk operasi memadam kebakaran di tempat lain, katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >