Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Indonesia bebaskan kapal, kru yang diculik lanun

May 10, 2016 | 10:39 AM



JAKARTA: Indonesia membebaskan pada Isnin (9 Mei) sebuah kapal yang dirampas oleh lanun di luar pantai pulau Borneo dan menahan sembilan suspek terlibat dalam rampasan itu, kata seorang jurucakap tentera laut.



Seramai 20 anak kapal dan seorang penumpang di atas kapal itu tidak tercedera semasa operasi tersebut, kata jurucakap tentera laut, Laksamana Pertama Edi Sucipto, dalam satu kenyataan.



Laporan awal menunjukkan kapal MV Hai Soon 12 itu didaftarkan di Singapura tetapi rekod maritim telah mengesahkan ia di bawah bendera Kepulauan Cook.



Kapal itu hilang dari radar di perairan Indonesia sebelum muncul semula agak jauh di bawah nama berbeza, membangkitkan syak wasangka.



Laksamana Pertama Sucipto berkata tentera laut mengejar kapal itu sebelum dapat menahannya dan membebaskan anak kapal yang ditawan. Lanun itu merancang memindahkan 200,000 liter minyak dari kapal tersebut ke kapal lain, katanya.



Sembilan warga Indonesia ditahan kerana disyaki melanun dan sedang dipindahkan ke bandar Surabaya bagi siasatan lanjut.



Indonesia telah berikrar akan melindungi kepulauannya yang luas daripada pencerobohan haram oleh nelayan dan lanun, dan telah merampas beratus-ratus kapal dalam tindakan tegasnya. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >