Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Indonesia mahu ambil alih kawalan ruang udara Riau daripada Singapura

Sep 10, 2015 | 11:31 AM



Menteri Undang-Undang dan Ehwal Luar, Encik K. Shanmugam, berkata perjanjian yang dirundingkan oleh Singapura penting bagi keselamatan udara serantau dan kepentingan negara-negara terlibat.


Ini selepas Indonesia berkata ia sedang meninjau mengambil alih kawalan ruang udara Riau dan wilayah Kepulauan Riau daripada Singapura.


Encik Shanmugam berkata peraturan senasa telah diletak dengan kelulusan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).


Presiden Indonesia Joko Widodo mengarahkan para pegawainya Selasa lalu (8 Sep) supaya mula berusaha menambah kakitangan dan peralatan mereka supaya Indonesia boleh mengambil alih pengurusan ruang udara, menurut satu laporan oleh akhbar The Jakarta Post.


"Presiden mengarahkan kami menyediakan peralatan dan sumber manusia lebih baik supaya, dalam tiga atau empat tahun, kita boleh menguruskan ruang udara kita sendiri," kata Menteri Pengangkutan Indonesia, Encik Ignasius Jonan, dalam satu sidang media selepas satu mesyuarat Kabinet, sambil menambah Indonesia akan mengadakan perbincangan dengan Singapura, dan Malaysia, mengenai isu itu.


Beliau berkata Singapura mengawal penerbangan di ruang udara beberapa kawasan di Riau, seperti Batam, Tanjung Pinang, Bintan dan kepulauan Natuna, sejak 1946.


Tentera Udara Indonesia baru-baru ini mengadu tentang kegiatan ketenteraan Singapura di ruang udara Kepulauan Riau, terutamanya Bintan.


Semalam (9 Sep), Encik Shanmugam mengakui pengawal trafik udara Singapura bertanggungjawab ke atas kawasan itu.


"Hari ini, di bawah perjanjian dengan pemerintah Indonesia, pengawal trafik udara kita menguruskan maklumat penerbangan rantau melebihi sempadan kita dan merangkumi Sumatera, tetapi bayaran yang dikutip diserah kepada pemerintah Indonesia.


"Ini adalah sesuatu yang diluluskan ICAO dengan melihat pelbagai isu," kata beliau.


Beliau berkata puluhan ribu pekerjaan bergantung pada kedudukan Singapura sebagai hab penerbangan serantau, dan sebarang perubahan dalam pengaturan semasa akan mempunyai implikasi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >