Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Indonesia rancang larang pembantu rumah baru tinggal bersama majikan

May 18, 2016 | 08:17 AM



JAKARTA: Indonesia berkata ia akan melarang pembantu rumah baru dari negara itu tinggal bersama majikan di luar negara seawal tahun depan.



Pihak berkuasa Indonesia mahu pembantu rumah tinggal berasingan daripada majikan mereka di asrama, bekerja waktu tetap, dan mendapat cuti umum serta hari pelepasan.



Pengarah bagi perlindungan dan penempatan pekerja Indonesia di luar negara Kementerian Tenaga Manusia negara itu, Encik Soes Hindharno, memberitahu akhbar The Straits Times dengan cara itu, majikan akan mendapat pekerja "lebih bermutu".



Mereka akan disahkan di Indonesia dan dilatih agar cemerlang dalam kemahiran tertentu, seperti memasak, penjagaan anak dan penjagaan warga tua.



"Mereka juga bebas untuk melakukan kerja lain, tetapi jangan menghukum mereka jika mereka tidak melakukan dengan baik kerja di luar bidang kemahiran mereka yang ditetapkan.



"Kami mahu perlindungan lebih baik bagi pekerja kami. Jika mereka sentiasa di dalam rumah, kami tidak tahu apakah mereka bekerja lebih masa. Mereka patut diberi pampasan untuk itu."



Langkah tersebut akan dilaksana secara berperingkat dan terlebih dahulu memerlukan mesyuarat dengan pihak berkuasa di negara penerima, termasuk Singapura.



Encik Soe berkata inisiatif itu hanya bagi pekerja baru. Pembantu rumah yang sekarang berpuas hati tinggal bersama majikan mereka boleh melanjutkan visa mereka.



Langkah itu sebahagian daripada rancangan Presiden Joko Widodo hendak menjadikan profesional pekerjaan tidak formal.



Rancangan menghentikan penghantaran pembantu rumah Indonesia ke luar negara menjelang 2017 telah diumum oleh pentadbiran sebelum ini pada 2012, di tengah-tengah kebimbangan mengenai pembantu rumah dizalimi.



Jurucakap Kementerian Tenaga Manusia (MOM) Singapura berkata ia tidak menerima sebarang maklumat daripada Indonesia mengenai permintaan agar pembantu rumah tidak tinggal bersama majikan, dan aturan pembantu rumah tingal bersama majikan tidak diamalkan di Singapura sahaja, bahkan di Hong Kong, Taiwan dan Malaysia.



"Singapura tidak membenarkan penganiayaan terhadap pembantu rumah asing dan mengambil tindakan ke atas pihak tidak bertanggungjawab," ujar jurucakap itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >