Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Indonesia tangkap 6 militan di Batam, termasuk ketua yang rancang serang Singapura

Aug 05, 2016 | 03:12 PM



JAKARTA: Polis Indonesia menangkap pada Jumaat (5 Ogos) enam suspek militan daripada satu sel pengganas di Batam, termasuk ketua kumpulan itu yang dipercayai mempunyai rancangan menyerang Singapura.



Kumpulan itu, yang polis kenal pasti hanya sebagai KGR @ Katibah GR, dituduh melindungi dua etnik Uighur, kata jurucakap polis kebangsaan Indonesia, Encik Boy Rafli Amar, dalam satu mesej teks.



Salah seorang daripada lelaki Uighur itu, Ali, dikaitkan dengan pengeboman bunuh diri yang cuba menyerang sebuah balai polis di bandar Solo di Jawa Tengah pada 5 Julai.



Pengebom itu, Nur Rohman, anak tempatan berusia 30 tahun dari kampung Sangkrah di Solo, mengambil Ali dari Batam ke Bogor dan kemudian ke Bukit Bakri, di mana dia ditinggalkan bersama seorang militan Indonesia bernama Arif Hidayatullah, alias Abu Musab, kata Encik Boy.



Lelaki Uighur kedua, dikenal pasti sebagai Doni, telah dihantar pulang.



Encik Boy berkata pemimpin kumpulan itu, Gigih Rahmat Dewa, 31 tahun, dan Bahrun Naim, seorang militan Indonesia yang dipercayai telah berjuang bersama kumpulan pengganas Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS), "sebelum ini merancang melancarkan roket dari Batam ke Marina Bay Singapura".



Beliau tidak memberi butirannya.



Gigih disyaki telah menerima dan menyalurkan wang bagi kegiatan radikal yang diperoleh daripada Bahrun, tambah Encik Boy.



Dia juga membantu "saudara" Islam Indonesia yang hendak pergi ke Syria untuk berjuang bagi ISIS. Perjalanan itu akan melalui Turkey, dengan bantuan rakyat Indonesia di sana, kata Encik Boy.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >