Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Indonesia terima bantuan asing lawan kebakaran hutan

Oct 08, 2015 | 09:56 AM



INDONESIA akhirnya mengalu-alukan bantuan dari luar negara, termasuk Singapura dan Russia, untuk menangani kebakaran hutan yang mengakibatkan jerebu melanda rantau ini.


Menteri Luar Singapura, Dr Vivian Balakrishnan, berkata dalam laman Facebook pada malam Rabu (7 Okt): "Adakan perbincangan baik malam ini dengan Menteri Luar (Indonesia) Retno Marsudi yang menyatakan bahawa Indonesia kini akan menerima tawaran kami. Baik untuk negara kita bekerjasama bagi menyelesaikan masalah ini secepat mungkin."


Russia pula menawarkan bantuan dalam bentuk pesawat Beriev Be-200, yang boleh membawa sehingga 37,200 kilogram air, selepas perbincangan sebelum ini terhenti.


Ini dinyatakan Encik Atmadji Sumarkidjo, pembantu Menteri Penyelaras Politik, Undang-undang dan Keselamatan Hal Ehwal, Encik Luhut Pandjaitan, pada malam Rabu, menurut akhbar The Straits Times.


Indonesia menghadapi tekanan semakin meningkat, dari dalam dan luar negara, untuk menyelesaikan krisis jerebu rentas sempadan, dengan Perdana Menteri Prayut Chan-o-cha daripada Thailand pemimpin terkini menuntut tindakan lebih kolektif.


Bahagian selatan Thailand telah diselubungi asap daripada kebakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan, yang menjejas mutu udara di Singapura dan beberapa bahagian Indonesia, Malaysia dan Filipina.


Jeneral Prayut mendesak usaha peringkat Asean diadakan untuk menangani isu itu. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Selasa lalu juga menyeru agar lebih banyak dilakukan.


Singapura telah berulang kali berkata ia bersedia membantu tetapi tawarannya ditolak sebelum ini.


Tawan Singapura termasuk pasukan memadam kebakaran tanah Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), pesawat C-130 untuk pembenihan awan dan sebuah helikopter Chinook dilengkapi dengan baldi air bagi memadam kebakaran dari udara.


Kementerian Luar Negeri (MFA) juga menambahkan bantuan pada Rabu dalam bentuk sebuah pasukan SCDF untuk menyediakan bantuan penilaian dan perancangan, gambar satelit resolusi tinggi dan koordinat kawasan panas.


Mengenai bila aset Singapura itu akan digunakan, Encik Atmadji berkata: "Kami sedang mencari masa yang tepat... Jerebu tebal sekarang jadi mereka tidak akan berkesan."


Pentadbiran Presiden Joko Widodo diakui secara meluas sudah melakukan lebih daripada sembarang pemerintah Indonesia sebelum ini untuk menangani krisis jerebu.


Namun, kos ekonomi dan manusia yang tinggi mendorong ahli politik Indonesia meminta pemerintah melakukan lebih banyak, termasuk menerima tawaran bantuan asing.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >