Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Inflasi, jualan saham teknologi jejas senarai 50 terkaya di SG

Sep 09, 2022 | 05:30 AM



INFLASI yang meningkat menjejas kekayaan hartawan di Singapura, yang menyaksikan nilai harta mereka secara kolektif merosot lebih 20 peratus tahun ini.



Senarai 50 individu terkaya Singapura oleh Forbes menunjukkan kekayaan gabungan hartawan itu berjumlah AS$164 bilion ($230.4 bilion), berkurangan daripada AS$208 bilion pada 2021 apabila nilai bersih mereka meningkat 25 peratus.



Namun, Forbes berkata dalam satu kenyataannya semalam bahawa Singapura terus menjadi tarikan bagi golongan kaya meskipun inflasi meningkat dan penjualan global saham teknologi tahun ini menjejas kedudukan senarai 50 individu itu.



Encik Li Xiting, pengasas dan pengerusi Shenzhen Mindray Bio-Medical Electronics, orang terkaya di Singapura. Bagaimanapun, kekayaannya susut hampir satu pertiga kepada AS$15.6 bilion apabila saham pembuat peranti perubatannya merosot berikutan pertumbuhan lebih perlahan penjualannya.



Pemulihan berterusan sektor hartanah mendorong adik-beradik Robert Ng dan Philip Ng naik ke tempat kedua dengan AS$15.2 bilion, meningkat daripada AS$14.2 bilion tahun lepas.



Dua beradik itu menguasai Far East Organization, pemaju hartanah swasta terbesar Singapura.



Kumpulan itu diasaskan oleh mendiang bapa mereka, Encik Ng Teng Fong, yang berpindah ke sini dari China pada 1934 dan dikenali sebagai 'Raja Orchard Road'.



Nilai bersih hartawan cat berusia 95 tahun, Encik Goh Cheng Liang, yang menguasai Nippon Paint Holdings Jepun, susut 30 peratus kepada AS$13 bilion. Beliau berada di tangga ketiga.



Penjualan saham teknologi di seluruh dunia lebih separuh nilai bersih menyebabkan kekayaan pengasas bersama Facebook Eduardo Saverin susut kepada AS$9.6 bilion.



Beliau menduduki kedudukan keempat setelah turun dua tempat. Facebook baru-baru ini dinamakan semula sebagai Meta.



Menduduki tangga kelima dengan harta AS$9.3 bilion ialah pengerusi eksekutif City Developments, Encik Kwek Leng Beng. Kekayaannya meningkat daripada AS$8.5 bilion tahun lalu.



Harga saham firma tersenarai di bursa saham di New York Sea menjunam tahun ini berikutan peningkatan kerugian dalam cabang e-dagangnya, Shopeenya.



Kejatuhan harga saham Sea menghakis kekayaan tiga pengasas bersamanya: Encik Forrest Li (Nombor 11 dengan AS$4.2 bilion), Encik Gang Ye (Nombor 13 dengan AS$2.8 bilion) dan Encik David Chen (Nombor 48 dengan AS$745 juta).



Penurunan nilai bersih mereka mencapai lebih 70 peratus setiap seorang, menjadikannya kemerosotan terbesar dari segi peratusan dalam senarai Forbes itu.



Pengasas bersama Grab, Encik Anthony Tan, yang disenaraikan tahun lepas, terkeluar selepas saham syarikat pengangkutan dan e-dagangnya hampir mengurangkan separuh nilainya sejak penampilan pertama mereka di bursa Nasdaq pada Disember 2021.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >