SEJAK menjadi guru agama selepas kali akhir dibebaskan daripada pusat pemulihan dadah pada 2010 jadual Ustaz Ismail Abdullah begitu penuh.
Beliau begitu sibuk mengajar tiga hingga lima kali seminggu, termasuk pada hujung minggu, membuatnya berasa amat bersyukur hidupnya kini amat bermakna dan beliau dapat berbakti pada agama, masyarakat dan keluarganya.