Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ingin didik belia tentang ikan tempatan

gah
Apr 22, 2018 | 05:30 AM



APABILA ibunya diuji dengan penyakit ulser perut yang memerlukannya menjalani pembedahan usus empat tahun lalu, Cik Nurul Ashikin Mohamed Tawfik, menunda selama setahun pengajian diplomanya di Politeknik Nanyang (NYP).



Sejak itu, beliau mengambil alih tugas ke pasar Geylang Serai dua kali seminggu, membeli ikan untuk dimasak dan membereskan kerja-kerja rumah.



Pada saat itulah, Cik Nurul Ashikin, kini 21 tahun, menyedari bahawa remaja sepertinya perlu diajar mengenali spesies ikan tempatan seperti ikan bawal, ikan merah dan ikan tongkol.



Ini kerana pada kebanyakan masa, golongan sebayanya hanya tahu tentang spesies ikan luar negara yang jauh lebih popular seperti ikan salmon dan dory.



Ingatan terhadap kenangan ke pasar Geylang Serai itulah yang diabadikan dalam projek tahun akhir berupa perhiasan dan topeng mata berbentuk atau bermotif ikan tempatan yang dipanggil Quirky Fish.



Sebagaimana jelasnya dalam satu wawancara di NYP:



"Walaupun saya tinggal di daerah Teck Whye, saya dan ibu selalu membeli barangan pasar di pasar Geylang Serai.



"Ibu selesa mendapatkan segala macam barangan dengan harga berpatutan di sana. Lagipun, beliau lebih suka makan ikan daripada daging. Di Geylang pula, bermacammacam ikan boleh diperolehi."



Menurut anak bongsu dalam keluarga dua beradik ini, beliau terkesan dengan keadaan anak muda yang tidak tahu jenis ikan yang dimakannya atau keliru dengan ikan yang dijual di pasar kerana terbiasa makan spesies ikan luar negara.



"Saya biasa melihat remaja yang hanya berdiri di luar pasar Geylang Serai. Mereka hanya menunggu ibu atau nenek mereka memilih ikan.



"Kalau mereka makan ikan di kedai pun, mereka tak tahu ini jenis ikan apa.



"Bagi saya, generasi muda harus meneroka di luar spesies ikan salmon dan dory yang mereka sukai. Jika mereka lebih berpengetahuan tentang jenis ikan tempatan, senang nak membeli di pasar atau pasar raya kelak," tambahnya.



Dengan tirai pengajian di NYP bakal ditutup tidak lama lagi, Cik Nurul Ashikin mengimbas semula detik mencabar ketika perlu mengorbankan setahun pengajian demi menjaga ibu tercinta.



"Pada ketika itu, ibu memerlukan seseorang yang boleh menjaganya selepas tempoh pembedahan.



"Kakak baru mulakan pekerjaan. Maka saya mengambil keputusan menunda setahun pengajian saya demi menjaga ibu," tambahnya yang meminati bidang kerja sosial.



Beliau juga melihat bidang komunikasi visual ini begitu meluas dan mampu dimanfaatkan dalam bermacam-macam cabang kerjaya termasuk dunia pemasaran dan perniagaan.



"Selepas ini, saya bercadang menyertai Program Bekerja dan Belajar (ELP) dalam bidang serupa di bawah inisiatif nasional menggarap kemahiran SkillsFuture.



"Sekurang-kurangnya saya dapat menimba ilmu sambil menyara hidup keluarga," dedahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >