PAKAR pergigian pertama Singapura yang dilantik menerajui Persatuan Pergigian Pediatrik Asia (PDAA), Dr Rashid Tahir, merancang memperluas peranan persatuan itu.
Sejak ditubuhkan 20 tahun lalu, persatuan itu giat menganjurkan mesyuarat dan sidang dua tahun sekali bagi menggalak pertukaran pengetahuan di kalangan pakar dalam bidang pergigian kanak-kanak serta membolehkan mereka mengikuti perkembangan terkini dalam bidang tersebut.