ANDA mungkin telah mencuba pelbagai cara mengurangkan berat badan seperti berdiet, aktif bersenam atau mengambil pil kurus tetapi masih belum mendapat keputusan seperti yang diinginkan.
Seorang Konsultan dari Pusat Pengurusan dan Pembedahan Obesiti di Hospital Universiti Nasional (NUH), Dr Asim Shabbir, bakal berkongsi satu cara mengurangkan berat badan ini.