Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Inisiatif foodpanda kenal pasti jenama, restoran mampan dilancar

Jul 27, 2022 | 05:30 AM



APABILA menempah makanan melalui aplikasi foodpanda, para pengguna kini boleh mengenal pasti restoran-restoran yang mempraktikkan kemampanan.



Dilancarkan buat pertama kali di Singapura, wadah penghantaran makanan itu melancarkan inisiatif Green Label untuk mengenal pasti jenama-jenama paling mampan dalam platform mereka melalui satu pensijilan restoran.



Proses pensijilan Green Label itu membabitkan para rakan kongsi restoran yang berminat untuk melalui satu kriteria audit, yang dibangunkan oleh foodpanda dengan bimbingan daripada PACT SG, satu inisiatif yang dimulakan WWF Singapura dan badan tidak meraih keuntungan, Zero Waste SG.



"Kriteria tersebut akan mengambil kira usaha restoran dalam bahagian berikut: sumber makanan mampan, pembungkusan mampan, pengurusan sisa, sisa makanan, kebajikan sosial, pengurangan pelepasan karbon, kesedaran dan pendidikan, dan bekalan kuasa.



"Foodpanda juga akan bekerjasama dengan restoran untuk membantu mereka membaiki bidang kriteria di mana mereka lebih lemah," kata firma itu dalam kenyataannya.



Untuk menandakan pelancaran inisiatif itu semalam, foodpanda juga menganjurkan perbincangan panel mengenai topik 'Eating for the Planet: Advancing Sustainability in F&B', dengan tetamu terhormat, Menteri Negara Kanan (Kemampanan dan Sekitaran), Dr Amy Khor.



Setakat ini, 49 rakan kongsi restoran dengan lebih 900 cawangan telah mendapat akreditasi Green Label, termasuk Starbucks, Flash Coffee, Swensen's dan VeganBurg.



Ketua Pemasaran dan Kemampanan foodpanda Singapura, Cik Laura Kantor, berkata:



"Dengan (inisiatif) Green Label, kami mahu menjadikannya lebih mudah untuk kedua-dua rakan kongsi restoran dan pelanggan kami untuk menjadi lebih mampan.



"Ia juga memudahkan pelanggan untuk menyokong jenama yang lebih mesra alam."



Dalam pada itu, Dr Khor berkata:



"Saya gembira melihat bahawa foodpanda menggalakkan rakan kongsi makanan dan minuman (F&B) untuk beroperasi lebih mampan, dan membantu pelanggannya untuk mengenal pasti perniagaan yang menggunakan bahan-bahan sumber tempatan dan pembungkusan mampan serta yang mengambil langkah kongkrit mengurangkan sisa makanan."



Restoran yang berminat untuk ikut serta dalam inisiatif ini boleh menyatakan minat mereka melalui borang pendaftaran yang boleh didapati di laman foodpanda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >